Posts

JURANG PENCAPAIAN AKADEMIK ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PELAJAR PEREMPUAN

Image
Pengenalan             Pendidikan atau penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain untuk menjamin kesejahteraan ummah. Negara Malaysia yang tercinta mendokong aspirasi pembelajaran sepanjang hayat dengan menyokong pendidikan awal hinggalah kepada pendidikan tertiari dan peringkat pendidikan pasca-siswazah. Pendidikan sepanjang hayat ini amat dititikberatkan untuk kesejahteraan umat manusia yang holistik (Willet & Eccles, 2011). Tidak dapat dinafikan bahawa dalam pembelajaran, setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza dari aspek penerimaan ilmu yang diajar. Penerimaan ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti persekitaran tempat belajar, kaedah guru menyampaikan input, bahan bantu mengajar yang relevan serta jantina, iaitu perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan.             Jurang perbezaan pencapaian akademik di antara pelajar lelaki dan perempuan di peringkat sekolah lagi membe